July 9, 2008

54days to complete this monster.....but 13 monsters will coming...

dubai metro
Jebel ali station
..

night view


work under 48degree...

July 3, 2008

i,m so tired...

Dah lama blog ni berabuk,berabuk dengan debu2 pasir padang pasir....berhabuk kerana empunya bolg sibuk dgn hal2 dunia,hal2 yg selalu melalai kan manusia,tapi alhamdulillah aku belum sampai ke tahap lupakan YANG MAHA ESA.aku sibuk kan diri utk hilangkan segala kekusutan yang melanda,hilangkan segala daki dunia yang buat kan aku rasa tak selesa,aku terpaksa sibuk kan diri untuk cari bekalan untuk hari yg mendatang,demi sebuah cita2 dan sebuah janji yang belum tertunai.Alhamdulillah 80% dari janji aku bakal tertunai,tp masa dan waktu akan tentukan,aku hanya dapat berserah padaNYA.
Sibuknya diri...kadang2 dapat hilang kan sekejap keperitan yang aku hadapi sekarang,perit untuk menerima sebuah hakikat yang telah ditakdirkan,tapi andai ini satu ujian dariNYA aku perlu terima dengan tenang dan rela.walau setabahnya mana aku hadapi tapi parutnya akan kekal dihati,menambahkan lagi koleksia parut yang ada.....tp Alhamdulillah aku masih ada DIA untuk aku mengadu,utk aku memanjat kan doa....agar segala ujianNYA ini dapat aku hadapi...



Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.


chiko dubai UAE