August 31, 2008

Andai Ini 'Ramadhan' Ku Yang 'Terakhir'


Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR……

August 30, 2008

Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Ramadhan...

Imam Ali ibn Musa al-Ridha AS meriwayatkan berdasarkan rangkaian perawi dari kakek-kakeknya dari Imam Ali AS bahwa Rasulullah saw menyampaikan khutbah berikut ketika datang bulan Ramadhan

Wahai manusia! Telah datang bulan Allah
(Sharu-Allah) yang penuh barakah dan maghfiroh
(pengampunan) Nya. Bulan ini di sisi Allah merupakan
yang terbaik dari segala bulan. Siangnya adalah yang
terbaik di antara siang, malamnya adalah yang terbaik
di antara malam, dan saat-saatnya adalah yang terbaik
di antara saat-saat. Ini adalah suatu bulan di mana
kamu diundang olehNya menuju ke dhiafatillah
(perjamuan) Allah. Dan dipermuliakan kamu di dalamnya.
Di dalamnya nafas-nafas kamu merupakan tasbih, tidurmu
ibadat, dan amalanmu dimakbulkan dan doa-doa kamu
mustajab. Maka karena itu hendaklah kamu memohon kepada Allah Rabbmu dengan niat yang benar dan hati yang suci agar Allah menolong kamu untuk terus berpuasa, dan membaca KitabNya.

Sesungguhnya celakalah orang yang tidak beroleh
keampunan Allah dalam bulan yang agung ini. Ketika
berpuasa ingatlah akan lapar dan haus di Hari
Pengadilan. Berilah sadaqah kepada orang faqir miskin.
Hormatilah orang-orang tua-tuamu, sayangilah
orang-orang mudamu dan sambunglah tali kekeluargaanmu. Jagalah lidahmu, dan pejamkan matamu dari pemandangan yang tak patut dilihat dan jagalah telingamu dari suara yang tak patut didengar.

Berlaku baiklah kepada anak yatim piatu sehingga anak
yatim kamu juga akan diperlakukan dengan baik.
Bertaubatlah kepada Allah atas dosa-dosa kamu dan
berdoalah dengan tangan terangkat dalam waktu-waktu
solatmu kerana inilah waktu-waktu yang terbaik, di
mana Allah melihat hamba-hambaNya dengan belas
kasihan. Ia menjawab apabila mereka menyeru, menyambut apabila mereka memanggil, memberi apabila mereka meminta, dan mengabulkan apabila mereka memohon.

Wahai manusia! Sesungguhnya jiwamu digadaikan dengan
amal perbuatanmu. Bebaskanlah jiwamu itu dengan
memohon keampunanNya. Punggungmu keberatan menanggung dosamu, maka ringankanlah dengan sujudmu yang lama.

Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah telah bersumpah
dengan nama Kemuliaan dan KehormatanNya bahwa Ia tidak akan mengazab orang yang melaksanakan solat dan sujud, dan bahwa Ia tidak akan menakutkan mereka dengan api neraka pada Hari Pengadilan.

Wahai manusia! Apabila seseorang di antara kamu
memberikan makanan untuk berbuka puasa kepada seorang mukmin maka Allah akan memberikan pahala kepadanya dengan pahala membebaskan seorang hamba, dan Ia akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu

Dikatakan (seseorang) berkata kepada Nabi SAW
Tetapi tidak setiap dari kita berkemampuan untuk
berbuat demikian Nabi SAW menjawab Jauhkanlah
dirimu dari api neraka, sekalipun hanya dengan sebutir
kurma, jauhkanlah dirimu dari api neraka walaupun
hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Barang siapa
dalam bulan ini memelihara perilaku yang baik maka
Allah akan memudahkannya berjalan di atas sirat pada
hari ketika kaki mudah tergelincir. Barang siapa pada
bulan ini meringankan pekerjaan pelayannya maka Allah
akan memudahkan perhitungannya, dan barang siapa
mengekang perbuatan buruknya dalam bulan ini maka
Allah akan menyelamatkannya dari kemarahanNya pada
Hari Pengadilan. Barang siapa memutus tali
kekeluargaan di dalamnya maka Allah akan memutus
rahmatNya pada Hari Pengadilan. Barang siapa
mendirikan solat sunat di dalamnya maka Allah akan
menyelamatkannya dari api neraka, dan barang siapa
melakukan solat yang wajib dalam bulan ini maka
pahalanya seperti tujuh puluh kali pahala solat wajib
dalam bulan-bulan yang lain. Barang siapa yang
memperbanyakkan membaca solawat ke atas diri saya
dalam bulan ini maka Allah akan memberatkan timbangan
amal baiknya pada hari di mana timbangan-timbangan
menjadi ringan. Barang siapa dalam bulan ini membaca
sepotong ayat Qur'an maka pahalanya seperti pahala
mengkhatamkan Qur'an di bulan lain.

Wahai manusia! Pintu-pintu surga tetap terbuka dalam
bulan ini. Berdoalah kepada Rabbmu (Tuhanmu) agar Ia
tidak menutupnya bagimu. Pintu-pintu neraka telah
tertutup, berdoalah kepada Rabbmu agar Ia tidak
membukanya bagimu. Syaitan-syaitan telah terbelenggu,
berdoalah kepada Rabbmu agar tidak membiarkan mer

Wahai manusia! Pintu-pintu surga tetap terbuka dalam
bulan ini. Berdoalah kepada Rabbmu (Tuhanmu) agar Ia
tidak menutupnya bagimu. Pintu-pintu neraka telah
tertutup, berdoalah kepada Rabbmu agar Ia tidak
membukanya bagimu. Syaitan-syaitan telah terbelenggu,
berdoalah kepada Rabbmu agar tidak membiarkan mereka menguasaimu.

Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS berkata Saya
bertanya,Ya Rasulullah, apakah amal yang terbaik
dalam bulan ini?. Beliau menjawab, Wahai Abul Hasan,
amal yang afdal (terbaik) dalam bulan ini ialah
menjauhi dari apa yang diharamkan Allah."

August 29, 2008

Sifat Jahat di Hati...(Mazmummah)

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad Dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)... pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya .

gue amik kt blog aladdin

August 15, 2008

Ibuku seorang pembohong..

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.




Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

p/s aku amik kt msian-uae..sedih bace cite ni.....

Union Square..

Hari ni cukup 4hari aku kena pindah opis ke union square...kekok juga tiba2 dapat arahan kena pindah.Ni semua pesal nk siap kan undergroun nye drawing le,main contractor xcukup staff.Tapi mcm bosan sket ler sebab tumpang opis orang,pastu ade masalah komunikasi dengan si jepun yamamoto tuh,dah mcm ayam bercakap dgn itik pon ade,langsung xpaham apa yg dia nak.dah le aku terkontang kanting sbb xde bos,sume kena cari sendiri,info ke apa ke sume kena korek sendiri.susah juga le sebab sebelum ni sume info bos kasi,skrg kn cari sendiri.

August 8, 2008

080807-080808

Alhamdulillah.....
Hari ni genap setahun aku merantau kat dubai.Setahun yang penuh dugaan dan cabaran.Setahun yang mematangkan aku dengan pelbagai karenah manusia. Tapi aku happy sebab aku dapat apa yang aku cari selama ini,happy sebab DIA makbulkan doa hamba yang hina ni. Walaupun terpaksa tunggu lama sebelum dapat apa yang dihajat.Memang impian aku sejak dari part1 kat uitm perak dulu,satu hari aku nak jejak kaki kerja kat dubai,Alhamdulillah selepas tunggu hampir 8bulan selepas grad aku dapat tawaran kerja kat dubai,rasa macam tak percaya pun ada sebab target lepas kerja 1 atau 2 tahun kat Malaysia baru aku nak cuba peluang kat oversea.
2 bulan pertama kat sini memang sungguh mencabar,2 bulan yang bakal tentu kan samaada aku akan kekal atau tak disini..tapi alhamdulillah DIA bagi aku kekuatan untuk hadapi semua itu dengan tabah.